Isnin, 14 Mac 2011

Universal Studio Singapore Part 2

Part 2

Selain bergambar dengan maskot, banyak jugak tempat yang ada aktiviti atau show ikut time yang tetap. Kita kene beratur untuk tengok satu-satu show. Salah satu yang best ialah Steven Spielberg Studio punya show. Beratur panjang pun berbaloi tengok. Masuk je studio tu macam ada dalam set movie making yang betul-betul punya. Siap ada buat laut, macam-macam props segala. Platform yang tempat kitaorang tengok tu pun sebenarnya ada efek jugak macam bergegar kalau ada ribut. Show dia sampai buat budak-budak boleh nangis ketakuta. Maklumla macam ada dekat tempat bencana betul-betul. Letup sana sini, terbakar, kene air la. Macam-macam betul diaorang nih.

Dalam Studio Spielberg masa adegan lepas ribut, terbakar la pulak

Roller Coaster Battlestar Gallectica antara benda yang paling tobat sekali yang dah naik. Dah naik sekali, dah le tu. Buat pening kepala, berpusing-pusing. Takde can langsung nak rasa tenang masa dalam ride tu. Patutla orang beratur dari bawah sampai tingkat atas. Lepas turun roller coaster, siap ada sinki kalau-kalau nak muntah ke apa.

Pusing-pusing laju sampai kepala pening
Dah lepas turun dari roller coaster, boleh pulak gi gatal masuk The Mummy Ride. Ingat bendanya tak serius, beratur panjang jugak. Bila start je, rupanya adik-beradik roller coaster jugakla. Cuma tambah dengan efek dari movie mummy tu. siap ada mummy ganas la, kumbang, api, semuanya elemen-elemen yang boleh membuatkan kita pening jugak. Tengah-tengah laju boleh stop, boleh macam jatuhla. Nampak dari luar bangunan besar je. Dalam rupanya ride yang penuh dramatik dan memeningkan. Lagilah tak boleh recover pusing kepala.

Dah lepas kedua-dua ride, perut pun dah menunjukkan tanda-tanda lapar, dah tengahari pun. Kitaorang pun carila tempat makan. Semua tempat hebat-hebat belaka dia punya harga makanan. Last-last pilih yang ada nasi jugak. Restoran ala-ala arab mediterranean gitu. Satu meal dia je antara yang paling murah pun SGD$14 lebih. Dasat gak sebab nasi beriyani dengan roti canai. Disebabkan lepas pekena dua ride yang pusing kepala tu, makan nasi bukanlah sesuatu yang best pada masa tu. Makan ala kadar je.

Nasi SGD$14.90 aka RM36 sepinggan
Lepas lunch, tengok langit dah mula mendung je. Tak berapa lama lepas tu hujan turun. Time tu tempat yang ada indoor semua penuh. Kitaorang pilih untuk beratur di Jurassic Park Ride. Lagila ramai, tambahan benda tu kalau time hujan tak boleh beroperasi. Tunggula berejam jugak sampai hujan berhenti untuk tiba giliran. Itu kira wet ride, abis baju seluar semua basah kalau tak pakai baju hujan. Kalau pakai pun kene jugak sebanarnya, tapi taklah teruk sangat. Ride ni kurang sikit pusing-pusing macam 2 ride yang terdahulu, tapi tetap best sebab dita ikut je aliran air tu. Jumpala dinosor, ada efek-efek yang best jugak. Last-last dia je lah yang extreme sikit. siap bot tu naik lif, lepas tu jatuh sebab kene dengki dengan T-Rex, best-best.

Wet n Wild kata orang
Shrek 4D antara show yang paling gempak sekali. Kra diaorang buat satu short film khas untuk show tu. Semua kene pakai spek 3D yang diberi masa nak masuk dalam panggung tu. Kerusi dia pun bukan sebarang punya. Boleh bergegar dengan boleh keluar air dengan angin jugak. Kene rasa sendiri show tu kalau pergi. Cerita banyak kang spoiler pulak.

Bukan main lagi berspek 3D
Dah hujung-hujung petang time hujan dah berenti, kitaorang ke Waterworld punya show. Tempat dia memang besar, set filem jugak. Bestla jalan cerita dia dengan stuntman yang kita tak pernah tengok live sebelum ni. Show tu pun banyak letup-letup jugak.


Sambung Part 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan