Part 1
Pada 12 Mac 2011, kami sekeluarga telah pergi ke Universal Studio Singapore (USS). Bertolak dari Tune Hotel Danga Bay lebih kurang pukul 7 pagi. Masuk ke Singapura melalui 2nd link. Kami tiba di depan Universal Studio pada pukul 8.30pagi. Sementara menunggu USS dibuka, kami bersarapan dahulu dengan bekal makanan yang dibawa dari rumah.
|
Jalan masuk ke USS |
Pada hari tersebut, ramai jugaklah manusia beratur untuk masuk ke dalam. Ramai juga dari Malaysia bila ditengok gayanya. Ada jugak rombongan hari keluarga dari Indonesia. Kami bajet ada pemeriksaan ketat untuk check barang dan makanan yang dibawa, tapi tengok semua boleh dibawa masuk sahaja, mungkin terlalu ramai orang. Nak check semua, jem jugak nanti.
Masuk sahaja dah nampak kelibat maskot-maskot. Orang ramai pun berpusu-pusu untuk bergambar dengan diaorang ni. Kitaorang pun tak lepaskan peluang untuk bergambar sekali.
|
Maskot first: Woodywood Pecker punya awek |
|
Frankenstein yang suka pegang kepala orang |
|
Kung Fu Panda |
|
Hantu Beetlejuice yang cakap macam slang Australia. G'Day Mate. |
|
Betty Boo dengan Tembuns |
|
Bersama Charlie Chaplin di belakang lorong. Asik lari je. Susah nak tangkap. |
|
Ini pose yang terlampau dengan Marilyn Monroe |
|
Puss in Boots dari Shrek. Kene berebut untuk gambar ni |
|
Bersama si Firaun yang serius depan tempat The Mummy |
|
Bersama si kaki panjang di Battlestar Gallectica |
|
Mamat Jurassic Park dengan robot anak Triceraptor yang bergerak kepala je. |
Puas jugakla bergambar dengan maskot-maskot ni. Nak bergambar kene grab je peluang yang ada. Kalau malu-malu, tak dapat nanti, sebab diaorang ni keluar kejap je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan