Bangun pagi je, lepas tu kami keluar untuk ambik angin dan jalan-jalan sekitar resort. Banyak jugak aktiviti boleh dibuat dikawasan ni, terutamanya yang nak anjurkan seminar atau kem. Terasa tenang di sini dengan sejuknya lagi.
Chalet kami di resort |
Pukul 9.31 pagi kami sampai di Puncak Bukit Puncrut. Boleh menikmati pandangan Bandung dari atas bukit.
Dalam 10.15 pagi, tibalah di tempat yang kaum perempuan ternanti-nanti, Pusat Grosir Pasar Baru Bandung. Maka aktiviti shopping pun berjalan. Siap ada tukang bawakkan barang-barang ke dalam kereta. Bolehla shopping dengan selesa dan tak bawak berat-berat.
Telekung |
Kain |
Beli, beli, belah |
Dalam pukul 4 petang, kami singgah di Toko Tiga untuk mencari jeans Levi's yang ori. Dapatla beli, murah berbanding di Malaysia.
Bersama Cepi |
Sekitar Bandung |
Lepas shopping-shopping, dah penat, balik hotel dulu. Duduk di Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment. Malam, kami ke Paris Van Java. Shopping Complex moden la kiranya. Dapat jugak bergambar di depan Cafe Man U. Tak berapa sangat la tempat ni sebab sama macam kompleks-kompleks yang ada di Malaysia. Yang best cuma pergi Carrefour dia. Barang-barang & snek murah. Beli susu banyak-banyak.
Bersambung Part 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan