Sabtu, 1 Disember 2012

Ahad, 2 September 2012

Beraya di Felda Serting Hilir, N9

Beraya di rumah Abang Mat Salleh pada 31 Ogos 2012

Attached is an image edited with BlackBerry Photo Editor Ultimate
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 12 Ogos 2012

Khamis, 12 Julai 2012

Welcome Dekna

Pada 11 Julai 2012, Nani telah melahirkan anak ketiganya, Dekna.



Khamis, 21 Jun 2012

Bandung Trip Part 4: 30 May

30 May 2012

Hari terakhir di Bandung. Lepas kemas-kemas barang & susun apa yang patut, bolehla checkout hotel.


Antara bagasi & barang shopping
Minivan Cepi
Sebelum balik, sempat lagi shopping last minit. But first, melawat dulu Cihampelas Walk. Patut pergi malam semalamnya, tapi hujan. Dapat jenguk sikit cukupla time pagi. Tak banyak kedai bukak, tapi ada jugak beli ole-ole. Lepas tu pergi ke Pasar Baru lagi sekali untuk beli kerepek dan buah tangan untuk orang-orang di JB.

Cihampelas


Sebelum tiba di airport, singgah ke Kartika Sari untuk beli kek, brownies dll untuk dibawa balik. Akhirnya sampai di airport pukul 1 ptg. Berehat sementara tunggu flight ke KL pukul 2.



Flight pun dah sampai. Bye bye BDO. Kalau ada rezeki ke sana lagi kita ye. 

-Tamat-


Bandung Trip Part 3: 29 May

29 May 2012

Pagi di Kota Bandung
Hari ni ialah hari shopping part 2. Kita akan ke Jalan Dago, dimana banyak factory outlet di situ. Takde gambar sangat sebab sibuk shopping je semua. Last-last tak banyak pun beli. Tengok je.

Rumah Mode Factory Outlet

Makan tengahari di Simpang Raya Dago. Makanan minang, penuh satu meje dengan segala jenis lauk-lauk yang dikeluarkan. Kalau taknak, pulang balik.


Dah lepas settle di factory outlet, pergi pulak ke Terminal Tas. Tempat menjual segala beg, kasut dll.


Masuk Terminal Tas, cuaca dah mendung. Keluar je tengah hujan lebat. nak jalan-jalan di kawasan sekitar kene tunggu dulu. kalau nak jalan jugak, ada jugak servis payungkan orang. Kebanyakannya budak-budak kecil yang buat.



Sebelah malamnya pulak, kami makan di Stone Cafe Dago. Terletak di atas bukit, bolehla tengok Kota Bandung pada waktu malam. Makanan pun sedap-sedap jugak.


Nasi Goreng with Serai Berdiri
 

Sambung Part 4


Bandung Trip Part 2: 28 May

28 May 2012

Bangun pagi je, lepas tu kami keluar untuk ambik angin dan jalan-jalan sekitar resort. Banyak jugak aktiviti boleh dibuat dikawasan ni, terutamanya yang nak anjurkan seminar atau kem. Terasa tenang di sini dengan sejuknya lagi.


Chalet kami di resort


Setelah semua bersiap-siap, kami pun check-out dari Sari Ater dan memulakan perjalanan untuk hari kedua. Dalam perjalanan, kami berhenti sekejap untuk singgah di Ladang Teh. Lebih kurang macam Cameron Highland jugak.


Pukul 9.31 pagi kami sampai di Puncak Bukit Puncrut. Boleh menikmati pandangan Bandung dari atas bukit.



Dalam 10.15 pagi, tibalah di tempat yang kaum perempuan ternanti-nanti, Pusat Grosir Pasar Baru Bandung. Maka aktiviti shopping pun berjalan. Siap ada tukang bawakkan barang-barang ke dalam kereta. Bolehla shopping dengan selesa dan tak bawak berat-berat.
Telekung
Kain
Beli, beli, belah
Dalam pukul 4 petang, kami singgah di Toko Tiga untuk mencari jeans Levi's yang ori. Dapatla beli, murah berbanding di Malaysia.

Bersama Cepi
Sekitar Bandung
Lepas shopping-shopping, dah penat, balik hotel dulu. Duduk di Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment. Malam, kami ke Paris Van Java. Shopping Complex moden la kiranya. Dapat jugak bergambar di depan Cafe Man U. Tak berapa sangat la tempat ni sebab sama macam kompleks-kompleks yang ada di Malaysia. Yang best cuma pergi Carrefour dia. Barang-barang & snek murah. Beli susu banyak-banyak.



Bersambung Part 3






Bandung Trip (27 - 30 May 2012) Part 1: 27 May

27 Mei 2012
Kami bergerak ke LCCT pada pukul 4.30 pagi dari Pulai Villa, Seremban. Tiba di LCCT agak ngam-ngam jugakla timing dia, tapi sempat untuk segala urusan. Dah naik dalam kapal terbang, rasa lega jugak untuk mulakan perjalanan ke Bandung (BDO).

27 May -  Low Cost Carrier Terminal (LCCT)

Akhirnya tiba jugak di Lapangan Terbang Husein Sastranegara International Airport (BDO) lebih kurang pukul 8.30 pagi WIB. Dah sampai sana, Tour guide kami, Cepi dan Anda datang untuk menjemput kami ke mobil. Tempat yang pertama kami singgah ialah kedai telefon, untuk mencari simpack Blackberry kami. Kami membeli simpack Simpati yang agak berpatutan dan coverage yang agak bagus semasa kami di sana. 

Setelah selesai hal prepaid ni, pada pukul 10pg WIB, kami terus ke Ladang Strawberi di Lembang. Bila berada di sana dah rasa sejuk dan nyaman sikit walaupun berada di bawah matahari. Di sana dapatlah merasa jus Strawberi asli yang sedap dibuat di situ jugak. Kami juga ada bawak balik satu bakul strawberi yang dipetik di sana. Susasana lebih kurang di Cameron Highland, tapi di sini lebih tenang.


  Ladang Strawberi Lembang


Selesai dengan Ladang Strawberi, kami akan bergerak ke Tangkuban Perahu. Dalam perjalanan ke sana, banyak pemandangan yang menarik dan lain dari yang lain. Di antaranya banyak gerai menjual kelinci (arnab) untuk makanan. Ada juga gerai sate kelinci, setakat ni tak sampai hati nak makan daging arnab sebab tengok arnab yang dijual seperti binatang peliharaan kalau di Malaysia. Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami tiba di puncak Tangkuban Perahu. Sampai saja di sana meriah sungguh dengan penjual berbagai jenis barangan cenderahati. Apa saja yang boleh dijual, dijual di sana. Sepanjang jalan di sana ada saja penjual yang akan mengikut dan tidak berputus asa untuk menjual cenderahati. Tapi kami tidak membeli sebab biasanya harga agak tinggi dari biasa, jadi kami biarkan saja diaorang mengikuti kami. Lama-kelamaan, hilang (kabur) jugak dari pandangan.
Papan Tanda Tangkuban Perahu

Depan Kawah Gunung Berapi

Gerai-gerai cenderahati

Air mata air

Tandas (nampak style lama tapi bersih)

Turun dari Tangkuban Perahu, kami melalui kawasan riadah dan perkemahan. Kami berhenti sekejap untuk menganbil gambar di kawasan pokok-pokok pine yang cantik ni.


Masa makan tengahari, kami makan di Grafika Cikole, kebanyakannya makanan Sunda.

Nasi Liwet yang famous
Tiba di Sari Ater Hotel & Resort pada pukul 4.30 petang. Letak beg segala, kami terus ke hot spring. Besar jugakla kolam air panas semulajadi di situ. Time tu ramai local yang beriadah. Airnya panas banget dan bersulfur, maklumlah kawasan gunung berapi.




Sebelah malamnya kami makan di cafe area Sari Ater. Seperti biasa, makanan sunda adalah makanan rasmi. Air minum rasmi pulak Teh Botol Sosro. Rasanya entah berapa botol minum air ni masa di Bandung.


Bersambung Part 2