Isnin, 14 Mac 2011

Universal Studio Part 3

Part 3

Rasanya dah abisla hampir semua tempat di sana kitaorang masuk. Sekerang time jalan-jalan & ambil gambar di Far-far away.



Madagascar belum siap sangat time ni. Cuma ada show penguin joget move it-move it tu, okla tu jugak kan.


Sebelum balik, bolehla singgah dekat kedai souvenir. Kebanyakan yang mahal-mahal dijual. Kalau setakat nak simpan key chain tu bolehla. Cari yang berbaloi dengan duit je. Dalam pukul 6 lebih, kitaorang dah keluar dari USS. Sehari suntuk cukup untuk rasa kebanyakan benda yang ada dekat dalam tu. Sekian.

Ahli rombongan dari Larkin
Pose wajibtuya

Di antara kedai-kedai coklat yang banyak di luar USS

Universal Studio Singapore Part 2

Part 2

Selain bergambar dengan maskot, banyak jugak tempat yang ada aktiviti atau show ikut time yang tetap. Kita kene beratur untuk tengok satu-satu show. Salah satu yang best ialah Steven Spielberg Studio punya show. Beratur panjang pun berbaloi tengok. Masuk je studio tu macam ada dalam set movie making yang betul-betul punya. Siap ada buat laut, macam-macam props segala. Platform yang tempat kitaorang tengok tu pun sebenarnya ada efek jugak macam bergegar kalau ada ribut. Show dia sampai buat budak-budak boleh nangis ketakuta. Maklumla macam ada dekat tempat bencana betul-betul. Letup sana sini, terbakar, kene air la. Macam-macam betul diaorang nih.

Dalam Studio Spielberg masa adegan lepas ribut, terbakar la pulak

Roller Coaster Battlestar Gallectica antara benda yang paling tobat sekali yang dah naik. Dah naik sekali, dah le tu. Buat pening kepala, berpusing-pusing. Takde can langsung nak rasa tenang masa dalam ride tu. Patutla orang beratur dari bawah sampai tingkat atas. Lepas turun roller coaster, siap ada sinki kalau-kalau nak muntah ke apa.

Pusing-pusing laju sampai kepala pening
Dah lepas turun dari roller coaster, boleh pulak gi gatal masuk The Mummy Ride. Ingat bendanya tak serius, beratur panjang jugak. Bila start je, rupanya adik-beradik roller coaster jugakla. Cuma tambah dengan efek dari movie mummy tu. siap ada mummy ganas la, kumbang, api, semuanya elemen-elemen yang boleh membuatkan kita pening jugak. Tengah-tengah laju boleh stop, boleh macam jatuhla. Nampak dari luar bangunan besar je. Dalam rupanya ride yang penuh dramatik dan memeningkan. Lagilah tak boleh recover pusing kepala.

Dah lepas kedua-dua ride, perut pun dah menunjukkan tanda-tanda lapar, dah tengahari pun. Kitaorang pun carila tempat makan. Semua tempat hebat-hebat belaka dia punya harga makanan. Last-last pilih yang ada nasi jugak. Restoran ala-ala arab mediterranean gitu. Satu meal dia je antara yang paling murah pun SGD$14 lebih. Dasat gak sebab nasi beriyani dengan roti canai. Disebabkan lepas pekena dua ride yang pusing kepala tu, makan nasi bukanlah sesuatu yang best pada masa tu. Makan ala kadar je.

Nasi SGD$14.90 aka RM36 sepinggan
Lepas lunch, tengok langit dah mula mendung je. Tak berapa lama lepas tu hujan turun. Time tu tempat yang ada indoor semua penuh. Kitaorang pilih untuk beratur di Jurassic Park Ride. Lagila ramai, tambahan benda tu kalau time hujan tak boleh beroperasi. Tunggula berejam jugak sampai hujan berhenti untuk tiba giliran. Itu kira wet ride, abis baju seluar semua basah kalau tak pakai baju hujan. Kalau pakai pun kene jugak sebanarnya, tapi taklah teruk sangat. Ride ni kurang sikit pusing-pusing macam 2 ride yang terdahulu, tapi tetap best sebab dita ikut je aliran air tu. Jumpala dinosor, ada efek-efek yang best jugak. Last-last dia je lah yang extreme sikit. siap bot tu naik lif, lepas tu jatuh sebab kene dengki dengan T-Rex, best-best.

Wet n Wild kata orang
Shrek 4D antara show yang paling gempak sekali. Kra diaorang buat satu short film khas untuk show tu. Semua kene pakai spek 3D yang diberi masa nak masuk dalam panggung tu. Kerusi dia pun bukan sebarang punya. Boleh bergegar dengan boleh keluar air dengan angin jugak. Kene rasa sendiri show tu kalau pergi. Cerita banyak kang spoiler pulak.

Bukan main lagi berspek 3D
Dah hujung-hujung petang time hujan dah berenti, kitaorang ke Waterworld punya show. Tempat dia memang besar, set filem jugak. Bestla jalan cerita dia dengan stuntman yang kita tak pernah tengok live sebelum ni. Show tu pun banyak letup-letup jugak.


Sambung Part 3

Trip ke Universal Studio Singapore Part 1

Part 1

Pada 12 Mac 2011, kami sekeluarga telah pergi ke Universal Studio Singapore (USS). Bertolak dari Tune Hotel Danga Bay lebih kurang pukul 7 pagi. Masuk ke Singapura melalui 2nd link. Kami tiba di depan Universal Studio pada pukul 8.30pagi. Sementara menunggu USS dibuka, kami bersarapan dahulu dengan bekal makanan yang dibawa dari rumah.

Jalan masuk ke USS
Pada hari tersebut, ramai jugaklah manusia beratur untuk masuk ke dalam. Ramai juga dari Malaysia bila ditengok gayanya. Ada jugak rombongan hari keluarga dari Indonesia. Kami bajet ada pemeriksaan ketat untuk check barang dan makanan yang dibawa, tapi tengok semua boleh dibawa masuk sahaja, mungkin terlalu ramai orang. Nak check semua, jem jugak nanti.


Masuk sahaja dah nampak kelibat maskot-maskot. Orang ramai pun berpusu-pusu untuk bergambar dengan diaorang ni. Kitaorang pun tak lepaskan peluang untuk bergambar sekali.

Maskot first: Woodywood Pecker punya awek

Frankenstein yang suka pegang kepala orang
Kung Fu Panda
Hantu Beetlejuice yang cakap macam slang Australia. G'Day Mate.
Betty Boo dengan Tembuns
Bersama Charlie Chaplin di belakang lorong. Asik lari je. Susah nak tangkap.
Ini pose yang terlampau dengan Marilyn Monroe
Puss in Boots dari Shrek. Kene berebut untuk gambar ni
Bersama si Firaun yang serius depan tempat The Mummy
Bersama si kaki panjang di Battlestar Gallectica
Mamat Jurassic Park dengan robot anak Triceraptor yang bergerak kepala je.
Puas jugakla bergambar dengan maskot-maskot ni. Nak bergambar kene grab je peluang yang ada. Kalau malu-malu, tak dapat nanti, sebab diaorang ni keluar kejap je.

Sambung Part 2